Sunday, 12 February 2012

Biodata Aiman Hakim Ridza dan Izara Aishah-Vanila Coklat

Ha..mesti ramai yang nak tau kan siapa 'hero' dan 'heroin' drama Vanila Coklat ni...
Ni serba sedikit tentang mereka...(^_^)..

Aiman merupakan artis yang lahir daripada program mentor Musim ke 5 yang mana Salma berjaya menjadi juara Mentor musim tersebut. Izara Aishah pula kelahiran Dewi Remaja 2011 yang merangkul naib juara selepas tewas dengan Neelofa.


Biodata Aiman Hakim Ridza-Mentor 5
Nama Penuh : Aiman Hakim bin Ridza Abdoh
Tarikh Lahir : 17 Januari 1989
Tempat Lahir : Johor Bahru
Umur : 23 Tahun


Sejak dari lahir Aiman tinggal di johor sehinggalah tahun 1990. Kemudian, dia berpindah ke Pulau Pinang hingga  1994. Bermula tahun 1994 dia menetap di Shah Alam dan Subang Jaya.
 Selain mempunyai bakat nyanyian, Aiman juga merupakan seorang yang aktif bermain bola sepak. Aiman pernah menjadi kapten pasukan dan mewakili Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia pada tahun 2001 ketika usianya 12 tahun.
  
Pada tahun 2004 dan 2005, Aiman banyak bermain bagi mewakili Malaysia dalam Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo. Banyak lagi pertandingan-pertandingan bola sepak bawah 17 tahun diwakili oleh Aiman untuk mengharumkan nama Malaysia seperti di Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan lain-lain.
Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah apabila dia bermain bola sepak bersama pasukan Bayern Munich. Kiranya Aiman ni bukan sahaja hebat dalam bidang nyanyian, malah turut hebat dalam dunia bola sepak!!                                                                             
                                                                                                                             (credit to my blog santai)
            Biodata Izara Aishah-Dewi Remaja 2010
Nama Komersial: Izara Aishah Hisham
Tarikh Lahir: 28 September 1992
Asal: Bakar Batu, Johor Bahru
Umur: 19 tahun
Adik-beradik: Sulung daripada tiga beradik
Pencapaian: Tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010
Drama/Telefilem: Kasih Najiha Hantu Gigi, Keranamu Laila, Masih Membara Cintaku, Selumbar Kasih, Jejaka J, Cikaro, Soffiya, Pusing Beraya, Soffiya dan Vanila Coklat.

Izara ni kacukan pakistan tau.. 

No comments:

Post a Comment